Ceramah Tips Bebas Hutang bersama Ustaz Syamsul Debat 14/3/2018
Assalamualaikum,
Bila kali terakhir kita mencari info tentang tips bebas
hutang? Duit amat penting dalam memenuhi keperluan untuk terus hidup. Tapi
ramai lagi yang masih berhutang. Tidak ramai yang mahu berkongsi tips bebas
hutang.
Mereka yang menetap di bandar dengan kos kehidupan yang
tinggi akan menjadi bebanan buat mereka berbanding mereka yang memilih untuk
hidup di luar bandar.
Kehendak sentiasa seiring dengan keperluan. Kebanyakan dari
kita nowadays cuba memenuhi kehendak mereka dengan berhutang. Oleh itu, panduan
bebas hutang itu perlu dipelajari, bukan sekadar ikut-ikutan berdasarkan
pengalaman sendiri.
Tentu ada antara kita yang bingung dengan hutang kad
kredit, ‘personal loan’ even pinjaman perumahan. Setiap bulan ada
saja pendapatan yang diperolehi di tolak untuk membayar hutang-hutang yang
telah dibuat samaada melalui institusi perbankkan atau pun orang perseorangan.
Bagi anda yang mungkin telah dibebani hutang anda akan
sentiasa mencari jalan keluar untuk menangani masalah hutang ini.
Tiada cara spesifik, ataupun yang paling efisien,
tapi KITA MAMPU usahakan cara untuk bebas daripada hutang ni dengan belajar tentang cara
mengawal perbelanjaan dengan betul bukan ikut firasat hati, cara selesaikan
hutang satu-persatu.
Ataupun kita boleh dengar ceramah tip-tip bebas hutang
daripada Ustaz Syamsul Debat pada 14/3/2018 (Rabu) di Dewan Perkahwinan Chef
Halim, Selayang Capitol Kompleks.
Landmark (berhadapan Hospital Selayang)
Beliau akan berkongsi tips-tips dan amalan yang kita boleh
praktikkan sebagai amalan harian untuk kita tukar cara kita dalam menangani isu
hutang. Boleh hubungi kami di nombor 019 - 735 2520, atau whatsapp kami terus
untuk booking.
http://www.wasap.my/60197352520
Tempat duduk adalah terhad ya.
Comments
Post a Comment